Sunday, 23 October 2011

PENGENALAN

Secara umumnya Kemahiran Hidup adalah merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yaang diajar di sekolah. Mata pelajaran ini digubal bertujuan untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi  serta perniagaan dan keusawahanan. Bidang ini dapelalat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keushawanan. Dalam konteks Pendidikan Khas khususnya untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, pengajaran Kemahiran Hidup perlu diberikan kepada mereka sebagaimana murid-murid normal yang lain. Di negara-negara barat, murid-murid bermasalah pembelajaran ini dilatih dengan baik dan berkesan sehingga meeka dapat menyumbang sesuatu untuk negara sebagai tenaga pekerja. Konsep yang baik ini perlu diterap dan dilaksanakan dengan  sebaiknya demi depan murid-murid khas tersebut.

Dalam merancang dan melaksanakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup kepada murid-murid bekeperluan khas, guru-guru tidak perlu mensasarkan terlalu banyak objektif  pengajaran bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana murid-murid khas tidak mungkin dapat menguasai terlalu banyak objektif pengajaran dalam sesuatu masa. Dengan menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran yang sedikit, guru-guru akan dapat memfokuskan kepada sesuatu kemahiran dengan lebih berkesan. Bukan semua murid-murid ini perlu diberi latihan dan aktiviti yaang sama, sebaliknya guru-guru perlu merancang aktiviti-aktiviti yang berlainan oleh tahap kebolehan mereka juga berbeza. Jelasnya guru-guru boleh mengubahsuai setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan tahap ketidakupayaan murid-murid.

Skop
Komponen ini memberi fokus kepada latihan-latihan dan kemahiran untuk membolehkan murid bermasalah pembelajaran berdikari. melalui proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat menjalankan aktiviti-aktiviti seharian dengan lebih yakin.

Komponen Kemahiran Hidup terdiri daripada 5 komponen iaitu:

1) Masakan
2) Jahitan
Memfokuskan:
      a) kenal pasti alatan jahitan.
      b) Menggunakan alatan jahitan
      c) Mengalmalkan keselamatan di bilik/bengkel.
      d) Mengamalkan kebersihan
      e) Menjahit jahitan asas
      f) Menghsilkan kerja jahitan tangan/ artikel mudah.
      g) Menjual hasil kerja jahitan tangan.
3) Pertukangan
4) Perkebunan
5) Pemeliharaan Haiwan

Objektif Umum
Komponen Kemahiran Hidup membolehkan murid:
1. Membolehkan pengetahuan dan kemahiran asas dalam aspek masakan, jahitan, pertukangan, perkebunan, pemeliharaan haiwan dan mendobi.
2. Menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam komponen kemahiran hidup.
3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ke dalam kehidupan harian.



Murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 
SK Datin Khadijah, 
Kuala Kangsar, Perak.