ALATAN MENJAHIT

Alatan yang diperlukan untuk jahitan asas.

 
1. Gunting



Digunakan untuk menggunting kain. Minyakkan sendi-sendinya selalu dan simpan di dalam sarung apabila tidak digunakan.


2. Pita ukur

Digunakan untuk mengukur bahagian yang hendak digunting atau dijahit. Apabila menyimpannya, gulung longgar-longgar dengan nombor kecil di luar. Jangan tarik bila menggunakannya.

3. Jarum Peniti



Jarum peniti digunakan menyemat kepingan fabrik sebelum dijahit. Jarum peniti hendaklah disimpan di dalam kotak beralas dengan kertas penyerap supaya peniti tidak kering dan berkarat. Semasa digunakan cucuk di kushion peniti.

4. Jarum tangan

Jarum tangan digunakan untuk menjahit semua jenis jahitan tangan pada fabrik. Penjagaan jarum adalah sama seperti penjagaan jarum peniti.

5. Benang Jahit


Benang digunakan untuk jahitan tangan dan jahitan mesin. Lilitkan benang  dan selitkan hujungnya supaya tidak tersimpul.

6. Penetas


Penetas kain digunakan untuk menetas kain yang telah dijahit jika berlaku kesilapan semasa menjahit fabrik. Hendaklah ditutup penetas tersebut apabila sudah digunakan dan disimpan di dalam bekas jahitan.

7. Kapur


Kapur jahitan digunakan untuk melukis di atas fabrik. Ini adalah untuk kekemasan semasa menggunting fabrik. Kapur yang telah digunakan hendaklah disimpan di dalam kotak jahitan.

8. Pembaris


Pembaris jahitan digunkan untuk menggaris fabrik agar sentiasa lurus semasa hendak mengguting kain. Ia hendaklah digantung selepas digunakan.

9. Kotak Simpanan Jahitan


Kotak jahitan digunakan untuk mengisi segala peralatan jahitan supaya ianya nampak tersusun dan kemas. Ia juga untuk keselamatan supaya tidak berlakunya kehilangan peralatan jahitan kerana disimpan di dalam satu bekas.