MENJAHIT

Pengenalan
Adakah anda tahu tentang keperluan menjahit dalam kehidupan seharian? Baju anda pernah tersangkut di pintu, kain sarung anda tertetas dan butan baju anda tercabut? Bagaimana  ? Adakah dengan menghantar ke kedai atau menjahitnya sendiri? Jika ingin menjahitnya sendiri, mari kita teliliti mamklumat yang diberikan agar anda mengetahui alatan jahitan yang diperlukan seterusnya menyampaikan ilmu ini kepada murid-murid berkeperluan khas khususnya murid-murid bermasalah pembelajaran anda.

Murid-murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan program yang berbeza mengikut kemampuan mereka. Ini bagi memastikan murid-murid dapat mengikut dan mampu menjalani aktiviti yang disediakan untuk mereka.Aktitvi fizikal seperti jahitan sama ada untuk riadah atau kerjaya dapat memberi sumbangan besar kepada individu yang mengalami rencatan akal dan fizikal. Ini adalah kerana aktiviti  ini dapat meningkatkan aspek kehidupan mereka. Apabila  kanak-kanak kurang upaya ini menjalani aktiviti dalam komponen latihan fizikal, ianya dapat meneruskan proses perkembangan diri yang lebih baik ke arah kedewasaan yang mantap. Di samping itu aktiviti ini dapat menggalakkan perasaan harga diri dan menimbulkan imej diri yang positif selain dari menikmati keseronokannya.